FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
FALSAFAH PENDIDIKAN KOLEJ KEMAHIRAN PROFESSIONAL KIBLAH
Falsafah Pendidikan Negara menjadi teras kepada Falsafah Pendidikan Sekolah Kiblah. Pendidikan yang disediakan adalah bagi mengintegrasikan pengajian Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dengan pendidikan Islam yang berorientasikan Al-Quran dan Sunnah Rasul untuk melahirkan cendekiawan Islam di bidang teknokrat, sains, perniagaan dan lain-lain untuk melahirkan pemimpin masyarakat yang profesional, dinamik, berkaliber, berdikari, berinovatif, berketrampilan dan berwawasan untuk menangani, menghayati dan merealisasikan bidang duniawi dan ukhrawi dalam menghadapi cabaran terkini demi kesejahteraan hidup .
VISI
Cemerlang Dan Bermanhaj
1. Berusaha meningkatkan prestasi akademik iaitu KBSM, KY dan Pengajian Al Quran
2. Menerapkan kefahaman dan penghayatan Manhaj dalam diri seluruh warga
Sekolah Kiblah
3. Membina dan memantapkan akhlak, ketrampilan dan jati diri setiap pelajar
4. Meningkatkan kualiti dan kuantiti pelajar Sekolah Kiblah setiap tahun.